#Almarhum Habib Hassan bin Ahmad Al-Attas# D.K (Johor) Mujahid dan pembangunan ummah Pengasas Wakaf dan Khairat Alattas di Johor, Pahang, Singapura, Mesir dan Yaman. (1832-1932) Al-fatihah |
Keluarga Alattas berada dalam dalam era pergolakan ini dan telah turut memainkan peranan istimewa dalam sejarah mempertahankan ajaran dan dakwah islamiah. Keluarga Alattas telah sampai ke kepulauan melayu Jawa (Indonesia) pada pertengahan abad ke-18 masihi dan ke semenanjung Tanah Melayu (termasuk Singapura) pada hujung abad ke-18 masihi.
Habib Zain Alattas datuk kepada kepada Habib Hassan Alattas telah sampai ke Pahang dalam bidang perdagangan dan menetap di Pahang pada awal abad ke-19 masihi. Bersama beliau bergerak di bidang perniagaan ialah Syedahmad bin Hassan Alattas, ayahanda kepada Habib Hassan Alattas. Syed Ahmad memperisterikan seorang anak Pahang dan memputerakan Habib Hassan pada tahun 1832 di satu tempat bergelar "Kampung Maulana" berhampiran dengan Istana Bendahara Tun Ali, ayahanda kepada Almarhum Sultan Ahmad.
Winsteadt seorang ahli sejarah British di dalam bukunya "Sejarah Pahang".
Habib Hassan menurut sejarahnya dan sebagainya dinyatakan dalam buku "Sejarah Pahang" leh Sir Winsteadt telah mengambil peranan penting dalam menyelesaikan perang saudara yang termasyur di negeri Pahang.
![]() |
#Sir Richard Olaf Winstedt# (2 Ogos 1878-2 Jun 1966) |
Sebagai seorang pedagang dan pendakwah untuk mengembangkan agama islam, beliau meneruskan sumbangan baktinya kepada agama, bangsa dan tanah air, beliau telah menjadi pelopor dan peneroka ke arah pembangunan dalam bidang penyiaran dan penyebaran agama islam, dengan turut menolong membuka beberapa buah sekolah, termasuklah mendirikan sebuah sekolah Arab "Madrasah Alattas" di Pekan Pahang sehinggalah ke hari ini.
![]() |
#Madrasah Alattas ditubuhkan pada 1332 hijrah# |
#Halaman utama Madrasah Alattas# |
#Madrasah Alattas di Pekan, Pahang# |
![]() |
#Lagu Madrasah Alattas# |
Untuk mengenang jasa-jasa beliau dan untuk memajukan lagi ekonomi negeri Pahang Almarhum Sultan Ahmad telah berkenan mengurniakan kepada Habib Hassan sebidang tanah yang seluasnya 14000 ekar yang terkenal dengan nama Ketapang Estate di Pekan, Pahang termasuk sebuah pulau di muara Sungai Pahang yang dikenali sekarang dengan Pulau Habib Hassan.
#Pulau Habib Hassan# |
#Sungai Habib Hassan# |
Waris-waris Habib Hassan kemudiaanya menyerahkan harta warisan (pusaka) Habib Hassan itu kepada kerajaan Negeri Pahang pada tahun-tahun berikutnya setelah semenanjung Tanah Melayu merdeka.
Pembangunan Johor
![]() |
#Almarhum Sultan Abu Bakar# Bapa Johor Moden (1833-1895) Al-fatihah |
Habib Hassan amat tertarik hati dengan Johor Bahru, ibu negeri dan tempat bersemayam Baginda Sultan Johor, lalu beliau berpindah ke Johor Bahru. Sebelum itu sewaktu beliau tinggal di Muar pada tahun 1880 beliau telah dikurniakan seorang putera di Muar, putera ini ialah Syed Mohamed bin Hassan Alattas. Beliau (Syed Mohamed) ialah ayahanda kepada Datuk Syed Ali bin Mohamed Alattas, Yang Dipertua Al Rabitah Al Arabiah Johor, seorang trustee (pemegang amanah) harta-harta wakafdan khairat-khairat Habib Hassan Alattas dan aktif dalam bidang dakwah menerusi badan-badan dakwah islam di samping sebagai ahli perniagaan, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Negeri Johor (PERKIM) dll. Beliau baru sahaja dianugerahkan darjah kebesaran pangkat Datuk leh Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada Jun 2012.
Habib Hassan setelah berpindah ke Johor Bahru mendirikan rumahnya yang pertama di Bukit Timbalan yang sekarang menjadi markas Timbalan Setia (J.M.F) Johor. Beliau tinggal di rumah ini hingga dikurniakan Allah putera bongsunya iaitu Syed Salim bin Hassan Alattas, seorang alim dan ahli dakwah yang terkenal dan berkaliber yang pernah menjelajah ke segenap pelusuk negeri Johor dalam masa hayatnya dan telah dilantik oleh Almarhum Sultan Ibrahim sebagai Kadi Besar Johor sejak sebelum perang dunia ke-2 hingga ke akhir hayatnya pada tahun 1955.
Habib Hassan telah mengambil peranan utama turut memajukan Johor Bahru dengan menjalankan 2 peranan penting iaitu:
1) Dalam bidang ekonomi
2) Dalam bidang dakwah
Bidang ekonomi
Habib Hassan telah mendirikan kedai-kedai perniagaan di pusat-pusat bandar Johor Bahru, (sepanjang perjalanan Ibrahim, Jalan Dhoby, Jalan Trus, Jalan Segget dll). Sehingga dalam tahun 20 lebih daripada separuh rumah-rumah kedai di pusat bandar Johor Bahru dipunyai oleh Allahyarham Habib Hassan.
Bangunan Empire Theatre yang terletak di persimpangan Jalan dengan Jalan Trus adalah bekas rumah Habib Hassan yang ke-2 di Johor Bahru. Beliau mendirikan rumah ke-3 di kampung wadi hassan kira-kira dalam tahun 1910 hingga beliau wafat dalam tahun 1932.
Kawasan tanah Habib Hassan ialah mulai dari Bukit Timbalan, menurun ke bawah termasuk A.I.A sekarang, Bangunan Syarikat Kerjasama, Masjid India, Jalan Salim, Kampung Pahang, tapak-tapak kedai di Jalan Trus, Jalan Dhoby, Jalan Tan Hiok Nee, Jalan Segget, dan sebahagian Jalan Ibrahim. Kira-kira dalam tahun 1910, Habib Hassan telah menyerahkan rumah dan kawasan di Bukit Timbalan kepada kerajaan, apabila Almarhum sultan Johor berhajatkan rumah dan tapak tanahdi Bukit Timbalan itu untuk dijadikan tapak Markas Tentera Timbalan Setia Negeri Johor (J.M.F).
#Bekas tapak rumah Habib Hassan Alattas yang telah dijadikan Markas J.M.F di Bukit Timbalan, Johor Bahru# |
Beliau telah berusaha membuka perkebunan dan perladangan dengan mengeluarkan modal yang bukan sedikit, beliau telah membuka tanah-tanah di pinggir Johor Bahru untuk dijadikan ladang getah, kebun kelapa dll. Di 1 waktu tanah ladang dan kebun Habib Hassan di Johor Bahru sahaja mencapai lebih 2000 ekar termasuk kawasan-kawasan yang sekarang kawasan perumahan dan perkampungan dalam Majlis Perbandaran Johor Bahru yang dikenali sebagai Century Garden, Kampung Wadi Hassan, Kampung Ngee Heng, Lorong 3, Kawasan Sekolah SIGS, tanah perkuburan cina, dll di Hulu Air Molek, Saujana (kediaman YAB Menteri Besar Johor), Kampung Tarum, dan sebahagiannya dari Kampung Kubur. Lain-lain perniagaan dan perusahaan beliau termasuk perlombongan bijih timah di Selangor, perusahaan kayu (Sawmill), percetakan dan penerbitan yang terkenal dengan nama "Mutabaah Alattas" (Alattas Printers).
Bidang pendidikan, dakwah dan kebajikan.
Beliau banyak mengorbankan tenaga dan harta kekayaannya dalam urusan-urusan dakwah dan agama, terutamanya dalam kebajikan dan pelajaran untuk anak-anak negeri. Beliau telah mewujudkan Madrasah Alattas dan kuliah Alattas iaitu pusat pertama pengajian tinggi Agama Islam yang menggunakan bahasapengantar bahasa arab di negara ini dalam tahun 1913. Kuliah Alattas dan Madrasah Alattas telah berjasa mengeluarkan ratusan malahan ribuan pelajar-pelajar yang pada masa lampau telah dan sedang menyandang jawatan-jawatan menteri, kadi, mufti, imam, pensyarah-pensyarah dll. Bekas pelajar-pelajar lepasan kuliah dan madrasah ini pula telah membuka madrasah dan institusi pengajian islam di semenanjung Tanah Melayu dan rantau ini.
Menerusi Mutabaah Alattas, Habib Hassan dapat memimpin dan menonjolkan penulis-penulis dan pengarang-pengarang islam dengan penerbitan buku-buku islam dan majalah-majalah agama dan ilmiah seperti majalah Jasa yang masyhur pada masa itu. Dalam tahun 1923, Habib Hassan telah mengetuai 1 rombongan ulama dan cedekiawan dari Tanah Melayu ke Mesir dlam Muktamar Sedunia Islam. Isu penting yang dbincangkan ialah masalah yang dihadapi oleh ummah dan masalah Khilafah Islam.
Dalam kawasan perladangan dan perkebunan, beliau telah membuat rancangan-rancangan yang kemas dan teratur dalam aspek yang tertentu umpamanya:
a) kawasan perumahan dan keluarga
b) peruntukan untuk membuat masjid dan surau dll.
Jelaslah sebagaimana yang terbukti bahawa Habib Hassan ialah seorang ahli perancang pembangunan yang ulung dlam semua aspek, seorang perancang moden seperti hari ini. Hasil dari perancangannya yang berjiwa keagamaan bukan sahaja telah memberi kejayaan dalam bidang ekonomi, pembangunan, dan kebajikan tetapi telah membawa kesan dan manfaat yang begitu besar kepada islam dan masyarakat islam yang turun temurun hingga hari ini. Harta wakaf dan khairat kebajikan beliau hingga ke hari ini berjalan dengan baik dan lancar dikelolakan oleh ahli-ahli warisnya yang memegang teraju yang terdiri dari anak cucu beliau yang sentiasa memikirkan untuk meneruskan jasa dan bakti Habib Hassan kepada agama, bangsa dan negara.
Lampiran:
#12 ekar tanah di Jalan Abdul Rahman Andak di ambil oleh kerajaan untuk tapak Sekolah Temenggung Abdul Rahman# |
![]() |
#Masjid Wadi Hassan# |
![]() |
#Masjid India di Johor Bahru# |
#Bangunan dan masjid di Mayo Street dibina oleh Habib Hassan pada 1923 M# |
![]() |
#Datuk Syed Ali bin Mohamed Alattas# Trustee - Penasihat Pegerusi Majlis Trustee Wakaf-wakaf dan Khairat Habib Hassan bin Ahmad Alattas |
![]() |
#Masjid Alattas dibina pada tahun 1290H dan merupakan masjid pertama di negeri Johor Moden (dibawah pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar)# |
![]() |
#Masjid Jamek Kuala Lipis merupakan masjid ke-2 yang dibina oleh Habib Hassan Alattas dibina pada 1888M# |
NOTE: Alhamdulillah.. siap juga akhirnya kisah perjalanan seorang mujahid dan pembangunan ummah iaitu Habib Hassan bin Ahmad Alattas.. banyak sumbangan beliau kepada ummah lebih2 lagi kepada penduduk Johor dan Pahang tidak lupa juga sumbangan beliau kepada kerajaan Johor sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar.. begitu besar sumbangan beliau semata-mata untuk melihat syiar islam berkembang di Tanah Air ini.. suka faqir mengambil kata2 Kiyai Syukran Ma'mun, "buah yang jatuh dari pokok tidak akan jauh dari pohonnya", begitu jualah apa yang tunjukkan oleh Habib Hassan Alattas yang mana akhlaknya sangat halus malah boleh diperhalusi... itu lah gelagat anak cucu Nabi Muhammad SAW bak kata pepatah melayu "tidak akan tumpah kuahnya kalau tidak ke nasi".... Allah3x... alfaqir juga ingin memohon maaf sekiranya ada berlaku kesalahan info.. mudah-mudahan usaha kecil ini dapat membantu para penziarah mengenali ulama.....
Wallahua'lam =)
#ANAK MUDA SAYANG ULAMA DAN PECINTA PARA HABAIB#
ramai kah anak syed hassan dan siapa namanya, adakah dia adik beradik dengan syed omar al attas perdana menteri pahang dikala itu
ReplyDelete